Herba Penawar Atau Racun ?

Di Seremban saya berjumpa pakar herba.
Beliau menerangkan herba bukan boleh diambil sesuka hati tanpa kawalan.
Perlu ada ilmu.
Jika pengambilan tiada mengikut garis pengetahuan herba ia boleh menjadi racun kepada sistem tubuh kita.

Apa tah lagi diri sedang sakit.
Perlu pantauan yg mahir dalam selok belok penggunaan herba.

Berikut ini artkel beliau :-

Bahaya mengambil herba atau suplemen or produk kesihatan secara berlebihan atau berpanjangan

Artikel pendek ni ditulis akibat semakin ramai org berminat dgn rawatan alternatif n herba yg mengalami simtom kesan sampingan overdosnye..

Ade orang makan herba atau suplemen lebih drp dos yg disyorkan kononnya nak cepat baik

Ade orang makan herba atau suplemen atau produk kesihatan setiap hari berbulan-bulan. Konon untuk jaga kesihatan dan elak daripada penyakit atau boost imun atauboost tenaga fizikal/mental.

Tiba-tiba badan rasa lemah, kepala rasa hoyong/dizzy, tak bermaya, hilang selera makan, gastrik, banyak angin dlm perut, pucat, senak dlm dada, sesak nafas.

Banyak orang tak menyedari bahwa herba atau suplemen atau produk kesihatan atau juicing buah/sayuran yg diamalkan setiap hari itu menjadi puncanya.
Maka berterusanlah diambilnya produk herba atau kesihatan tersebut.

Sehingga boleh membawa kesan sampingan dan kemudaratan pada tubuh

Bila diperiksa oleh Dr, maka didapati kesan overdos suplemen or amalan pemakanan diet khusus yg tak seimbang.

Cuma kebanyakan orang walaupun mengambil produk herba atau kesihatan atau juicing atau diet tertentu tidaklah sampai keterlaluan sehingga setiap hari mengambilnya selama berbulan atau bertahun.
Ada beberapa hari yg tak diambil dalam seminggu

Mengambil herba, juicing buah/sayuran, produk kesihatan dan diet khusus perlu ada pengetahuan tentang dos serta frekuensi pengambilan yg sesuai dengan tubuh kita serta corak pemakanan kita

Jika orang tua, orang sakit kronik, orang tekanan rendah dan kanak2 serta orang yg kurang ‘makan’, maka lebih sensitif dengan produk kesihatan sebegini. Jadi dos, kekerapan pengambilan serta tempoh ‘rehat’ harus diberi perhatian untuk mengelakkan kesan sampingan overdos atau kesan sinergistik beberapa herba atau suplemen yang diambil secara gabungan.

Perkara yang nak dtekankn disini adalah keseimbangan dalam pemakanan bagi atau sihat atau sakit atau bersalin bak kata sesiapa saja untuk optimumkan fungsi organ2 bersama pengambilan herba atau produk kesihatan atau diet tertentu.

Kalau makan herba/produk kesihatan tanpa ada keseimbangan daripada kalori dan zat dalam makanan sistem badan boleh jadi senget dan tak seimbang.

Makan apa pun akan menjadikan badan tak seimbang jika ambil setiap hari dalam kuantiti yg berlebihan akan jadi overdos.
Ditambah dgn corak pemakanan yg tak seimbang dan rendah kalori.
Maka bertambah lagi cepat dan teruk kesan adverse blaku.

Antara simtom overdos pengambilan herba, juicing buah/sayuran, produk kesihatan yg tak diseimbangkan dgn pengambilan makanan dan kalori adalah seperti berikut.
1. Lemah

2. Hypoglycemia

3. Tekanan darah rendah

4. Dizzy

5. Badan rasa melayang

6. Dada rasa menyesak

7. Sesak nafas

8. Angin boleh masuk balik kebadan kalau berlebihan herba atay sayur dan buah TANPA kalori dan mineral yg seimbang. Mula² angin dapat drawat dengan herba dan produk kesihatan berkenaan. Tapi bila mengambil overdose berpanjangan maka tubuh dan darah imbalance dari segi kepekatan elektrolit dalam sel dan luar sel, plasma darah yang akan mempengaruhi aktiviti metabolisma dlm sel n DNA .

9. Selera mkn jd hilang n meloya or muntah angin.. Ini simtom yg biasa jika overdos sebarang jenis herba, jus buah + sayuran..

10. Imun tubuh reverse yakni menjadi semakin rendah dan mudah djangkiti

11. Denyut jantung yang kuat akibat kesan adverse akut. Peringkat awal biasanya

12. Denyut nadi jadi halus dan perlahan. Bila kronik

 

Sebab setiap bahan makanan dan herba dan buah dan sayur ada kelebihan serta kekurangan nutrien tertentu. Jadi bila overdose sesuatu bahan maka ia akan ditunjukkan via simtom pada tubuh . Mula² perubahan fisilogi. Lama kelamaan boleh menjadi penyakit atau merosakkan organ² sistem tubuh jika tak diperbetulkan.

Contoh Simptom Overdos

1. Lebih makan buah esp buah berair dan sayuran hijau maka ia boleh berlaku kelebihan potassium dlm sel. Simptom sel akan menjadi segah/ bengkak akibat air memasukki sel.. Mengganggu aktiviti metabolisma sel. Organ² boleh bengkak seperti jantung jadi lemah dan sensitif sejuk dan sesak nafas. Mengganggu fungsi otot jantung. Boleh menjadi kejang otot

2. Jika overdos ambil garam akan berlebihan sodium di luar sel. Simptom sel kekeringan akan berlaku

3. Jika overdose kunyit dan herba lain yg bersifat astringent seperti manjakani dan bidara , maka darah akan menjadi pekat akibat pengeringan plasma darah. Ini boleh mengganggu fungsi jantung dan ginjal dan hati. Kesan overdos herba astringent ni sama seperti kalau overdos garam atau sodium klorida

4. Berlebihan makanan benda masam seperti cuka buah, yoghurt dan lemon dan limau dan buah masam, badan akan jadi sejuk dan lembab. Sebab benda masam tinggi potassium. Jadi simptom seperti overdos buah dan sayuran #2 diatas..

5. Overdos herba bersifat panas dan kering pula menimbulkan simptom panas berlebihan berlebihan pada tubuh pun mengganggu fisiologi tubuh dan organ², Contoh akar kayu dan herba tertentu.. Madu juga tak boleh ambil berlebihan atau diambil secara tak seimbang dgn makanan lain

6. Jika overdos herba pahit seperti tunjuk langit, hempedu bumi, seruntun, boleh menurunkan tekanan darah,  gula darah dan denyut jantung dengan mendadak dibawah paras normal individu

7. Jika overdos herba bersifat hypotensive yang kuat seperti daun durian belanda, daun bidara, misai kucing, hempedu bumi, dokong anak boleh menurunkan tekanan darah dan denyut jantung @ bradychardia secara extreme yang boleh memudaratkan seperti dizzy, lemah, dada rasa tak selesa dan sesak nafas

8. Jika ambil terlalu banyak suplemen yang tinggi antioksidan bersama ‘juicing buah/sayuran’ untuk detox tubuh scara extreme juga boleh menimbulkan kesan sampingan imbalance dalam sel yg boleh ganggu aktivi dan metabolisma sel. Boleh berlaku down regulate atau upregulate ekspresi genetik yang tak normal dalam sel. Antioksidan yang terlampau banyak dalam badan boleh menjadi kesan toksik juga. Ia boleh bertindak sebagai radikal bebas pula

9. Pil vitamin yang diambil secara berlebihan juga tak bagus untuk badan. Vitamin larut lemak seperti A, D, E, K yang overdos boleh berkumpul dalamm hati dan menjadi toksik

Begitu juga dengan vitamin larut air seperti B KOMPLEX, C dan minerals yang overdos boleh memberi kesan adverse yg negatif kepada tubuh.

 

Ini yang Doktor prihatin terhadap lambakan produk herba dan kesihatan dan suplemen di pasaran

Jika tak diguna atau diambil dengan betul maka boleh mengundang kesan sampingan pula

Cara nak mengelak kejadian overdos herba, produk kesihatan, diet khusus esp rendah kalori adalah dengan :-

1. Ambil dos yang disyorkan semasa rawatan. Selepas sembuh kurangkn dos dan frekuensi pengambilan

2. Sebagai health maintenance,
jangan ambil setiap hari. Ambil 1-3x sminggu sudah memadai dgn dos minima.

3. Tingkatkan dos bila perlu sahaja.. Bila dapat atasi masalah kesihatan yg dialami kurangkan dos n frekuensi ikut mingguan i.e 1-3x seminggu..

4. Jika herba kuat yg bersifat terapeutik yg tinggi henti pengambilan jika sudah sembuh penyakit Maintain dengan diet seimbang dan pelbagai..
Herba yg bsifat terapeutik ringan boleh diamalkan seminggu 2-3x spt kurma merah, jintan hitam, halba, moringga, kunyit, halia..

5. Juicing campuran buah dan sayuran sebagai amalan detox yg kuat utk tubuh blh dibuat 1 – 4 minggu sekali bergantung kpd tubuh individu..

6. Pastikan mengambil pelbagai jenis kumpulan makanan karbohidrat, lemak dan protein yg sihat bersama buah dan sayuran utk membekalkan semua nutrien dan tenaga dperlukan tubuh dlm kadar yg berpatutan..

7. Bagi setengah org lebih cenderung kena hypoglycemia perlu ambil gula alami atau madu yg manis atau buah yg manis yg tinggi gula seperti kurma, nangka, mangga, temikai, rambutan esp sebelum makan berat stiap hari utk memberi tenaga segera dan kekuatan kepada sistem penghadaman berfungsi dgn berkesan.. Pencernaan makanan perlukan tenaga yg tinggi.. Perlu pecahkan hidangan kpd 4-5 hidangan sehari utk elak hypoglycemia..

8. Ambil makanan bernutrisi tinggi drp mkanan wholefoods dari kumpulan lemak tepu sihat seperti santan kelapa, butter/ghee susu alami, susu alami , karbohidrat komplex, karbohidrat ringkas spt gula perang, protein, sayur n buah.. Ikut piramid mkanan.

Kementerian Kesihatan dlm menetapkan kadar amaun setiap jenis kumpulan makanan yg diambil i.e karbohidrat, lemak, protein dsb.

9. Bagi pesakit, orang tua, kanak2 berumur 1-6 tahun, pertimbangkan pemberian herba or makanan bersifat terapeutik ringan or sederhana seperti VCO, EVOO, RED PALM OIL, MADU, KURMA MERAH, BARLI, SELASIH, MANNA.
Hidangan makanan berzat dan berkalori yg mudah dihadam perlu diamalkan bersama seperti sup ayam kampung, lamb, puyuh, ikan utk elak kesan senget tak seimbang.. Jika perlu herba kuat beri dos yg minima bersama makanan yg manis seperti gula perang, madu, kurma.

9. Jika berlaku simptom overdoz herba spt diterangkn diatas, berhenti serta- merta herba or suplemen tersebut seminggu.

Segera ambil BUTTER alami seperti ANCHOR ambil 1 sudu teh + madu manis seperti Wescobee dikacau sebati dan dimakan terus spt coklat 1 -3x shari shingga simtom overdos spt lemah n dizzy hilang..
Juga boleh ambil garam bukit pink secubit + gula perang dlm secawan air dan diminum utk seimbangkan elektrolit dlm darah.. Beri makan sup ayam kmpg or lamb or telor ayam kampung masak separuh.

 

InsyaaAllah semuga bermanfaat

Wallahu a’lam..

Artikel dari – Nizam Herbalist

https://www.facebook.com/nizam.herbalist

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge