Merawat Resdong Dengan Kaedah Gurah

Gurah adalah satu kaedah yang sering digunakan oleh qari dan qariah bagi tujuan suara. Dipraktikkan oleh guru guru taranum suatu ketika dahulu malah sampai sekarang.

Suatu ketika dahulu gurah ini tidak asing bagi kalangan orang orang tua dahulu terutama dikalangan mereka yang belajar agama disekolah pondok.

Kemungkinan besar kaedah gurah berasal daripada Tanah Jawa Indonesia. Biasa diamalkan oleh anak anak pondok pesantren disana.

Ia adalah satu cara ramuan herba yang diproses dan diambil airnya untuk dimasukkan ke rongga hidung bagi tujuan mengeluarkan lendir hingus dan juga kahak(menguras lendiran hingus dan dahak)

Proses bagi sesiapa yang di gurah seperti yang saya praktikkan ini berlangsung selama hampir 2jam. Sedangkan saya mengetahui ada jenis kaedah gurah cuma 15minit ke 20minit tidak mengambil proses waktu yang terlalu lama. Ini disebabkan jenis gurah yang berat atau pun gurah yang ringan menjadikan perbezaan. Bahan bahan ramuan juga berbeza.

Pastinya insha Allah hasilnya jauh berbeza.

 

ADA BERBAGAI JENIS GURAH DAN ADA BERBAGAI JENIS RAMUAN YANG BERBEZA

Apa itu gurah ?

Proses ramuan herba alami bagi mengeluarkan lendiran hingus dan kahak itu dikenali sebagai GURAH. Gurah juga ada beberapa versi pada setiap daerah Nusantara. Ramuan yang agak berbeza ada keras dan ada yang ringan.

LENDIR DAN HINGUS INI DATANG DARIPADA MANA ?

Ia datang daripada titik sinus anda. Manusia ada 7 rongga sinus. Tiga rongga didahi, dua rongga dipangkal hidung diantara mata, dua rongga ditulang pipi.

Rongga rongga sinus ini berkaitan antara satu sama lain. Ia juga berkait dengan mata, telinga, hidung dan kerongkong.

Didalam rongga rongga sinus ini akan terhasil mukus dalam sehari 1 litter. Normal proses bagi semua manusia. Mukus yang membasahi dinding dinding sinus ini akan memerangkap debu habuk daripada terus masuk ke paru paru. Sistem sinus dan mukus ini juga meneutralkan suhu udara agar sesuai untuk paru paru kita.

Proses selsema atau bersin pada asasnya adalah satu proses normal bagi manusia yang sihat. Sebagai contoh anda akan terbersin apabila terlalu banyak habok atau debu yang masuk ke rongga hidung. Ini adalah proses yang normal yang mana hidung bertindak dengan bersin bagi mengeluarkan semula debu habok masuk ke rongga hidung anda. Yang selalu menjadi masaalah bagi anda gagal mengeluarkan hingus setelah bersin akibat terhidu habok tadi.

Apabila gagal mengeluarkan hingus malah hidung menjadi sempit untuk bernafas dan tersumbat.

Perlu ingat kerana setiap simptom yang saya kongsikan ini tidak semua boleh diselesaikan dengan cara kaedah gurah.

Seperti tulang hidung yang bengkok(perlu dioperasi) ketumbuhan gugusan seperti tandan anggur didalam rongga sinus(perlu dioperasi), jangkitan kuman yang kronik bernanah(jgn sampai ia menular ke tulang2 pipi atau ke telinga atau ke mata anda)

Segera lah berjumpa doktor !!!

Saya sendiri dah lihat mereka yang degil yang tidak mendengar nasihat saya. Akibatnya sangat parah.

Orang Melayu Sering Mengaitkan Simptom Diatas Sebagai Resdong

Resdong !!! Itulah nama yang dikaitkan dengan masaalah hidung oleh orang orang tua kita. Sebenar ianya ada beberapa punca yang mungkin berbeza.  Ada yang berpunca kerap naik pesawat, terlalu banyak makan ubatan hospital, pernah jatuh atau kemalangan cedera dikawasan titik sinus, berkerja terdedah pada habok yang terlalu atau bahan kimia racun, alahan keturunan(famili asthma)

Jika perubatan kedoktoran itu ada katogeri yang berbeza. Sebagai contoh Rhinosinititus, Sinusitis, Alergic.

Saya hanya katogerikan dua jenis

Pesakit yang ada alahan dan yang tidak ada alahan kerana ia juga perlu tahu akan kemungkinan kekurangan vitamin C yang boleh menjadi sebab dan punca. Apatah lagi anda memang pengidap resdong yang mungkin alahan keturunan atau alahan makanan laut. Gaya hidup dan cara pemakanan juga penyumbang masaalah resdong. Sinonim sangat pesakit yang saya jumpa adalah peminum tegar air batu.

Cegahlah atau rawatlah diri anda dengan cara logik bagi anda.

Saya syor anda dengan kaedah gurah yang saya praktik sekian lama selama lebih 20tahun. Nasihat saya daripada pengalaman untuk yang terbaik buat yang bermasaalah dengan resdong.

 

Kaedah ini sangat terbaik bagi merawat mereka yang sering :-

Sakit kepala(migrane)

Hidung tersumbat(block)

Kerap selsema dan berair

Hidung kerap gatal

Mata gatal

Telinga kerap gatal

Kerongkong kerap gatal/Berkahak dan berlendir

Muka gatal dan Jerawat Bernanah

Hilang Deria Rasa dan Deria Bau

Hidung bau busuk dan hingus bernanah berdarah(perlu pemeriksaan doktor dan berterus terang pada doktor)

Continue reading “Merawat Resdong Dengan Kaedah Gurah”