Kemenangan Islam Atau Kegagalan Islam

Mengakui memperjuangkan agama.
Tetapi masih takut pd bayang² sendiri.
Masih melihat bangsa Cina itu dengan bangsanya Cina.
Kita tidak melihat Cina itu adalah manusia.

Manusia yg kita seharusnya sebagai muslim mengajak mereka kepada beriman kepada Allah dan rasul.

Kita mengakui memperjuangkan agama Allah tetapi mata masih melihat dan berfikiran sekularisma.

Kita sebagai muslim terlalu banyak memberi alasan malah tidak melihat ini lah kelemahan kita sebagai muslim yg tidak dapat memperlihatkan akhlak islamiyyah.
Kita bukan ingin memaksa orang kafir itu datang kepada islam.
Tetapi tugas dan tanggungjawab kita sebagai muslim memang jelas gagal.

Jika sekiranya saya dan tuan tuan dan seluruh dunia islam khususnya di Malaysia memang mempraktikkan agama Allah pada landasan yg benar.
Amalan amalan yg menarik rahmat dan hidayah Allah.
Insha Allah NUSRAH ALLAH yakni pertolongan Allah akan sampai.

Bukan demokrasi yg akan memenangkan islam.
Demokrasi hanya kerana atas kelemahan kita sebagai muslim.
Bukan pula islam itu dengan kekerasan dengan mengangkat senjata semata².
Ini hanya menambah buruk keadaan islam yg sedang tenat dan jauh daripada Allah termasuk diri saya sendiri.

Apabila hidayah Allah turun mencurah² kepada bangsa cina.
Berbondong² mereka datang kepada islam dengan beriman kepada Allah dan rasul.
Mengucap Syahadah.

Maka isu cina cina cina tiada lagi.
Mereka itu manusia berbangsa cina muslim.
Setiap muslim itu bersaudara

Tetapi kita gagal malah hanya memberi alasan dan banyak menyalahkan pihak lain tanpa melihat inilah kelemahan kita.

Dadah Dan Rasuah Menghancurkan Negara

Ada satu kisah berlaku pada bulan ramadhan yang diceritakan oleh sahabat saya ketika beliau datang berhari raya dirumah.

Beliau menceritakan kisah seorang tukang masak disebuah Restaurant Chinese Muslim di Kota Tinggi.

Tukang masak itu ditangkap oleh polis ketika menumpangkan seorang yang sedang berjalan kaki.

Setelah itu dia dibawa ke balai polis dan dimasukkan ke lokap.

Di balai dah jadi adat memang kena hempok lah.

Rupa rupanya orang yang dipelawa menumpang menaiki motornya itu adalah pengedar Syabu.

Ceritanya dibalai di intrograsi agar membayar sebanyak rm5k sebagai segera selesai dan dilepaskan dari tuduhan kes mengedar syabu.

Di balai itu si tukang masak dipaksa agar mengaku sedang tukang masak itu memang tidak terlibat dengan pengedaran syabu.

Dia hanya tolong orang yang berjalan kaki yang mungkin sedang berpuasa.

Akhirnya suspek yang menumpang menaiki motor tukang masak itu menceritakan hal sebenar.

Suspek itu memberitahu polis bahwa tukang masak ini tidak ada kena mengena untuk terlibat dengan dirinya.

Katanya lagi dia tidak mengenali dan hanya dipelawa menaiki motor.

Pada hari kejadian restoran tidak dapat beroperasi dan pengurusan restoran juga tidak tahu tukang masaknya ditahan pak polisi.

Moral of the story.

Teruskan membantu walau mungkin akan ada musibah dan ujian.

Si suspek mengedar syabu juga ada hati yang baik kerana berterus terang siapa yg bersalah kerana dia tahu si tukang masak tidak terlibat.

Akhir didalam senarai ialah RASUAH masih lagi menjad budaya dan  penerimanya winner adalah muslim.

Diawal dan diakhir

JAUHI DADAH DAN RASUAH

DADAH DAN RASUAH MENGHANCURKAN NEGARA