Dadah Dan Rasuah Menghancurkan Negara

Ada satu kisah berlaku pada bulan ramadhan yang diceritakan oleh sahabat saya ketika beliau datang berhari raya dirumah.

Beliau menceritakan kisah seorang tukang masak disebuah Restaurant Chinese Muslim di Kota Tinggi.

Tukang masak itu ditangkap oleh polis ketika menumpangkan seorang yang sedang berjalan kaki.

Setelah itu dia dibawa ke balai polis dan dimasukkan ke lokap.

Di balai dah jadi adat memang kena hempok lah.

Rupa rupanya orang yang dipelawa menumpang menaiki motornya itu adalah pengedar Syabu.

Ceritanya dibalai di intrograsi agar membayar sebanyak rm5k sebagai segera selesai dan dilepaskan dari tuduhan kes mengedar syabu.

Di balai itu si tukang masak dipaksa agar mengaku sedang tukang masak itu memang tidak terlibat dengan pengedaran syabu.

Dia hanya tolong orang yang berjalan kaki yang mungkin sedang berpuasa.

Akhirnya suspek yang menumpang menaiki motor tukang masak itu menceritakan hal sebenar.

Suspek itu memberitahu polis bahwa tukang masak ini tidak ada kena mengena untuk terlibat dengan dirinya.

Katanya lagi dia tidak mengenali dan hanya dipelawa menaiki motor.

Pada hari kejadian restoran tidak dapat beroperasi dan pengurusan restoran juga tidak tahu tukang masaknya ditahan pak polisi.

Moral of the story.

Teruskan membantu walau mungkin akan ada musibah dan ujian.

Si suspek mengedar syabu juga ada hati yang baik kerana berterus terang siapa yg bersalah kerana dia tahu si tukang masak tidak terlibat.

Akhir didalam senarai ialah RASUAH masih lagi menjad budaya dan  penerimanya winner adalah muslim.

Diawal dan diakhir

JAUHI DADAH DAN RASUAH

DADAH DAN RASUAH MENGHANCURKAN NEGARA